Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskan” - Puteri Sarah Tidak Goyah Dengan Dakwaan Syamsul

Gempak 25/03/2023 | 01:00 MYT

Pelakon, Puteri Sarah Liyana meminta suaminya, Syamsul Yusof, mengemukakan bukti mengenai dakwaan dia berlaku curang dengan bekas teman lelakinya yang berstatus suami orang.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah, 38, berkata, dia berharap Syamsul tidak bercakap kosong selain tidak merasa gentar dengan dakwaan suaminya yang juga seorang pengarah itu.

"Dakwaan isu curang biarlah perkara itu diputuskan di mahkamah. Bagi saya jika dia nak bercakap, kenalah sertakan bukti.

"Saya tak nak dia hanya bercakap kosong saja, kita tengoklah apa dia boleh buat di mahkamah nanti," katanya.

Selasa lalu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor selepas mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Menurut Puteri Sarah, dia sudah menerima surat saman berkenaan pada Jumaat dan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan susulan.

Dalam masa sama, Puteri Sarah enggan memberi sebarang komen berhubung isu curang seperti didakwa Syamsul.

"Tidak mengapa kita tengok saja di mahkamah nanti. Kalau dia rasa ada bukti, bagilah sedangkan saya tinggal dengan ibu bapanya dan mereka nampak apa yang berlaku.

"Selepas keluar rumah pada 2020, saya tidak tinggal sendiri sebaliknya saya memang tinggal dengan ibu bapanya. Sebab itu, ibu mentua saya sanggup menjadi saksi dan pencelah kes kami.

"Saya sedikit pun tidak goyah dengan tuduhan nusyuz, saya dalam fasa cakaplah apa nak cakap, kalau kata saya curang lepaskanlah saya," katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyiasat kes dakwaan suaminya melakukan persetubuhan luar nikah dengan wanita yang kini isteri keduanya, Ira Kazar dengan segera.

Sumber - Harian Metro
#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Ira Kazar #Patimah Ismail
;