Hiburan

"Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku, Sentuh Aku Sorang .." - Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan Siapa Tu?

gempak
Zulaikha Yusof
27/05/2019
20:01 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku, Sentuh Aku Sorang .." - Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan Siapa Tu?
Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh dilihat meluahkan rasa geram terhadap seseorang yang difahamkan mempunyai perasaan tidak puas hati.
Merujuk kepada entri di Instagram Stories miliknya, Intan menyuruh individu tersebut untuk bersemuka dengannya bukan ahli keluarga.
Intan beranggapan tindakan individu itu sangat melampau namun bernasib baik kerana dia seorang yang penyabar.
Pun begitu, Intan tidak pula menyatakan siapa gerangan orang yang membuatkannya naik angin sekaligus meluahkan rasa marah.
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.
Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Kini, Izreen sedang sarat hamil lapan bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live