Berita

"Kalau Kawan Berniaga, Jangan Minta Tawar Harga Tak Masuk Akal" - Shahrol Shiro

gempak
ZULHILMI JALIL
07/07/2020
04:02 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Kawan Berniaga, Jangan Minta Tawar Harga Tak Masuk Akal" - Shahrol Shiro
Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro menasihati orang ramai agar sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menjalankan perniagaan.
Begitupun, katanya, sebagai rakan elakkan diri daripada kerap meminta harga istimewa atas 'tiket' persahabatan yang terjalin.
"Nasihat saya kepada semua, kalau ada kawan-kawan yang berniaga sokonglah mereka.
"Kalau boleh janganlah minta tawar sampai harga tak masuk akal. Kasihan kawan-kawan tu. Tak nak bagi diskaun, takut putus kawan pula," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut Shahrol berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya membntu seorang rakan berniaga jagung di tepi jalan.
Katanya, situasi itu secara tidak langsung mengimbau kenangan dirinya berniaga dengan membuka gerai burger satu masa dahulu.
"Teringat dulu berniaga burger tepi jalan. Letak nama G.G Burger.
"Adat berniaga, adakala untung dan adakala rugi. Tapi, itulah asam garam dalam perniagaan. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang baik sentiasa beri sokongan," katanya.
Dalam entri tersebut, Shahrol turut berkongsi gambar kenangan dirinya ketika menjadi penjual burger.
Saksikan program lakonan Shahrol Shiro di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live