Penyanyi Yasin Sulaiman menetapkan pendiriannya untuk tidak memberi respon kepada netizen yang diumpamakan sesetengahnya seperti haiwan babi, anjing, keldai dan lembu.

Menurut Yasin, tiada gunanya untuk dia mengambil pusing dengan komen-komen netizen di laman sosialnya.

Kata pelantun lagu Mimi Laila itu lagi, lebih baik diberikan ucapan salam sahaja kepada netizen.

"Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan mereka.

"Kenapa? Saya bagi contoh. Kita tengah dirve kereta tiba-tiba tanpa beri salam, lembu pun lintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan break.

"Adakah kita akan melenting dan maki lembu itu? Tidak. Sebab kalau kita buat macam tu, kita pun jadi lembu.

“Contoh kedua, kita tengah jogging dengan aman dan tenteram tiba-tiba anjing jiran menyalak kat kita.

"Kita pun terkejut dan terganggu. Adaka kita akan menyalak balik kat dia? Tidak, kita bukan anjing.

"Contoh babi, di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai itu bodoh. Kita tak berdialog dengan orang-orang jahil. Ucapkan salam sahaja,” tulisnya.

Yasin berkongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapatnya dan meminat dia lebih besabar apabila berhadapan dengan netizen di laman sosial.

keldai, lembu, anjing & babi. ????

A post shared by Yasin Sulaiman | Malaysia (@yasinsulaiman) on