“Kalau Kita Dah Mula Bangga & Support Maksiat, Maksudnya…” - Ustaz Adnin Tegur Orang Sanjung ‘Hot Daddy’
Asyikin Mayudin
13/02/2024 02:55 MYT
13/02/2024 02:55 MYT
Penulis buku yang dikenali sebagai Ustaz Adnin berasa sedih apabila melihat video orang Melayu yang teruja bergambar dan beramah mesra dengan seorang gigolo yang dikenali ‘Hot Daddy Ash’.
BERITA TRENDING: Kontroversi 'Hot Daddy', Sajat Anggap Memalukan Islam - "Kalau Aku Jijik, Jijik Lagi Yang Straight ..."
Malah Ustaz Adnin turut tidak menyangka ramai orang yang memuji dan menyanjungi Daddy Ash biarpun sudah mengetahui tentang kontroversi lelaki tersebut.
“Saya bila tahu benda ini, saya rasa sangat sedih dan sakit hati. Rasa nak marah aja. Yang mana baru-baru ini, ada seorang mamat Melayu ini aku pun tak kenal, alih-alih kena tahan polis sebab kantoi buat video lucah.
“Berzina dengan ramai perempuan, dan dia pergi upload video-video itu dekat media sosial. Dan bila dia dah terlepas dari tahanan polis dengan ikat jamin, alih-alih bila dia buat live, ramai gila orang tengok live dia.
“Lelaki tengok, perempuan pun tengok. Siap bagi gift, puji, sanjung. Saya ada tertengok satu video, mamat itu jalan-jalan, alih-alih ramai orang nak bergambar dengan dia.
“Laki ada, perempuan pun ada. Ya Allah, korang dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu nak tinggalkan maksiat, janganlah buat maksiat terang-terangan dan jangan support pelaku maksiat itu,” tegur Ustaz Adnin.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Ustaz Adnin turut bersedih dengan sikap segelintir masyarakat yang sudah menganggap perkara lucah dan perbuatan maksiat sesuatu yang normal.
BERITA TRENDING: Netizen Jijik Lihat Orang Awam Beramah Mesra Bersama Hot Daddy - “Dengan Pegang Anak, Tapi Gelak Gelak…
“Kalau kita dah mula bangga dan support maksiat, maksudnya kita ini dah tak ada iman. Sebab selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu.
“Ya Allah, saya harap pihak berkuasa buatlah tindakan sewajarnya. Wallahi, saya sedih sangat. Nampak tak betapa video lucah ini boleh merosakkan iman dan pemikiran kita.
“Yang sedihnya, zaman sekarang dah dianggap normal benda-benda lucah ini. ZINA dianggap normal, gurau-gurau lucah dianggap normal, apa benda semua ini!? Sampai bila kita nak berterusan seperti ini?” uarnya.
Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut mengajak semua orang yang sudah ketagih dengan perkara lucah dan maksiat untuk berubah menjadi lebih baik.