"Kalau Kita Sakit Ada Keluarga Jaga, Tetapi Mereka ....." - Doktor Teddy Bear
Rozaimi Zubaidi
10/10/2018 13:29 MYT
10/10/2018 13:29 MYT
Doktor S. Madhusudhan atau lebih dikenali dengan gelaran Doktor Teddy Bear tidak sangka pengorbanan yang dilakukan selama ini mendapat perhatian daripada orang ramai.
Menurut Madhusudhan, tujuan asal dia menubuhkan klinik bergerak secara percuma kepada orang ramai adalah untuk membantu golongan yang memerlukan terutama gelandangan.
"Setiap orang layak untuk menerima rawatan secara percuma tanpa mengira pendapatan mereka.
"Tiga tahun lalu semasa saya kerja dengan NGO lain,saya baru sedar bahawa ramai juga orang tidak mempunyai rumah dan mereka tidak ada sesiapa termasuk saudara dan kawan-kawan.
"Jadi daripada situ saya terlintas untuk tubuhkan klinik ini secara percuma kerana kalau kita sakit kita ada keluarga jaga kita tetapi mereka tidak mempunyai sesiapa.
"Kami bermula dengan skala kecil dan kini mempunyai 40 orang sukarelawan dan sudah merawat lebih daripada 1000 orang pesakit secara percuma," katanya.
Kisah Madhusudhan telah dipilih sebagai sebagai salah satu 'Saathanai Hero-kkal' yang dilancarkan pada bulan Jun lalu untuk dipaparkan dalam segmen RAAGA Kalakkal Kaalai.
Kempen 'Saathanai Hero-kkal' kini berlangsung selama 1 tahun anjuran RAAGA dan Digi Telecommunications Sdn Bhd meraikan dan memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang mengerjakan kebaikan dalam usaha memberi kehidupan yang lebih baik buat orang lain.
Pendengar setia RAAGA boleh mencalonkan mana-mana individu yang mempunyai kisah penuh inspirasi untuk berkongsi dengan masyarakat di www.raaga.my sebelum kempen berakhir pada 4 Januari 2019. Kisah yang paling memberi inspirasi akan disenarai pendek dan ditemuramah di segmen Kalakkal Kaalai RAAGA oleh penyampai RAAGA, Anantha dan Uthaya.