Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Kita Sayang, Sayang Gila! Saya Sanggup Mati Lindungi Dia" - Noh Salleh

Firdaus
06/02/2024 04:30 MYT
Penyanyi dan vokalis kumpulan hujan, Noh Salleh menyatakan bahawa dirinya akan memohon untuk melawat Musa sekiranya bekas isterinya, Mizz Nina mendapat penjagaan penuh terhadap anak angkatnya.

Menurut Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 39, tetap ingin melakukan permohonan bertemu Musa bagaimanapun dirinya yakin bahawa permohonan itu akan ditolak Mizz Nina.

“Saya akan cuba buat permohonan untuk lawatan dan saya tahu dia tak akan beri sebab nombor telefon saya pun disekat,” katanya.

Dalam pada itu, Noh tidak menafikan bahawa dirinya sanggup menggadaikan segalanya untuk Musa walaupun hanya bergelar sebagai bapa angkat serta menafikan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya kalau sayang, saya sayang gila. Saya sanggup mati, saya sanggup lindungi dia dan atas sebab kebajikan saya tolong benda ni dan kita ada bukti yang kita tak sempat nak lampirkan dan terbukti bahawa semua itu fitnah,” katanya kepada Gempak.

Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.

Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan.

Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022. Sepanjang bersama, pasangan itu tidak dikurniakan sebarang zuriat.

BERITA TRENDING: "Tiada Pertikaian, Kami Punyai Dokumen Pengangkatan Musa Yang Lengkap" - Mizz Nina Tarik Balik Dua Kes…

#Mizz Nina #Noh Salleh #Musa
;