Pagi tadi portal Gempak menerusi Miss K, menulis dakwaan dari sumber mengenai wanita yang dikaitkan dengan Chef Fikree Aznan.

Artikel tersebut telah menarik perhatian bekas isteri Fikree, Sharifah Zuriehan Ben Yahya dan telah memuat naik posting di laman sosialnya.

Menerusi entri tersebut Zuerihan telah meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya kerana melayan wanita seperti pengacara Masrenny Masri.

Zuerihan berkata, suaminya tidak akan melayan jika mempunyai iman yang kuat.

Dalam pada itu Zuriehan turut menegaskan sebelum ini dia tidak menyebut nama wanita tersebut kerana mahu fokus kepada suaminya.

Bagaimanapun menerusi tinjauan Gempak, posting yang merujuk kepada tulisan Miss K tersebut telah pun dipadamkan.

Semalam, Zuriehan telah mendedahkan telah berpisah secara baik dengan Fikree.

Pendedahan tersebut dibuat sehari selepas memberitahu kepada umum mengenai suaminya yang ‘kantoi’ menjalinkan hubungan sulit dengan seorang personaliti televisyen yang sudah bersuami.

Fikree mula berkenalan dengan Zuriehan pada 2006 dan bertunang pada 2014.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang anak yang bernama Jayden Malik.