,
Laman Utama

“Kalau Layan, Apa Beza Level Saya Dengan Dia?” - Adam Shahz Ada Sebab Tak Respon Video Sindiran Suami Fatin Afeefa

Shahrin Zulkifle
24/02/2023
05:00 MYT

Pelakon Adam Shahz menjelaskan dirinya langsung tidak terasa hati susulan tular sebuah video yang dimuat naik oleh suami kepada bekas isterinya Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang dilihat seakan menyindir dirinya ketika dia hadir ke Mahkamah pada Januari lalu.

Menyedari mengenai video tersebut sejurus keluar dari perkarangan Mahkamah, Adam berkata dia enggan memandang serius soal video itu selain berpendapat bahawa video berkenaan tiada kena mengena dengan dirinya.

“Jujur saya katakan, pada awalnya saya langsung tak tahu mengenai video yang kononnya dia perli saya itu, sehingga saya keluar daripada kawasan Mahkamah.

“Selepas keluar kawasan Mahkamah, telefon saya terima banyak notifikasi dan saya berhenti tepi jalan kemudian baru buka telefon dan tengok video tersebut.

“Pada saya tiada isu pun mengenai video tersebut. Sebab saya langsung tiada terasa hati sekali pun.

“Walaupun daripada sudut pandangan orang lain yang melihat video itu seakan ditujukan kepada saya, namun saya menganggap itu tiada kena mengena dengan saya,” katanya kepada Gempak.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem lakonan terbaharunya berjudul Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, aktor berusia 42 tahun itu memaklumkan dia mempunyai asbab tersendiri untuk tidak melayan atau memberi sebarang reaksi balas terhadap video yang tular itu.

Ini kerana bagi Adam, sekiranya dia bertindak memberi respon balas dikhuatiri bakal mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau saya layan apa beza level dia dengan saya? Sebab bukan level saya layan perkara-perkara sebegitu. Saya lebih matang dan bersikap profesional.

“Andai kata saya mengambil sebarang tindakan untuk balas apa yang dia buat, ia akan menjadikan isu lebih rumit.

“Saya pula memang langsung tak pernah jumpa atau berkomunikasi dengan dia,” tambahnya.

Terdahulu, tindakan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang berkongsi sepotong video di TikTok seperti menyindir Adam Shahz telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Menerusi perkongsian video itu, Aliff menunjukkan satu petikan pendek yang tergantung di dinding ketika mereka berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk info, Adam dan Fatin hadir ke Mahkamah tersebut pada Januari lalu adalah bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu, Ivy Herra Sophia.

Imbas kembali, Adam dan Fatin pernah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun disahkan bercerai pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia, manakala sebelum bernikah dengan Adam , Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy.

Selain Adam Shahz, Sumpahan Syaitan turut dibintangi Farid Kamil, Nynaa Harizal, Datuk Ac Mizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Azlee Senario, Yassin Senario, Saiful Apek dan ramai lagi.

Sinopsis:

Kisahnya tentang Sam diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang diketuai oleh Ray. Sam bertemu dengan rakan baiknya seorang broker hartanah iaitu Malik bagi meminjam wang untuk modal pelaburan, namun gagal.

Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas Sam menyedari beliau telah ditipu oleh Ray, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri daripada Branco.

Malik telah mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke sebuah hotel lama di daerah Segamat, yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri. Namun malangnya nasib Sam sejak hotel itu beroperasi, pelbagai kejadian aneh dan misteri berlaku di hotel tersebut. Apakah kejadian itu? Untuk mengetahui, saksikab Sumpahan Syaitan pada 2 Mac depan di pawagam seluruh Malaysia.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Hiburan

“Bukan Nak Riyak Tapi…” - Fazura Akui Lebih Tenang Selepas Sebulan Bercerai Dengan Fattah Amin

gempak
13/11/2024
07:25 MYT
Pelakon Fazura memaklumkan bahawa keadannya lebih tenang selepas sebulan bercerai dengan aktor Fattah Amin.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Unitar