Hiburan
"A Kalau Lelaki, Siti Kalau Perempuan" - Siti Bagi 'Teaser' Nama Anak
Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sudah memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2018.
Bagaimanapun kata Siti, nama penuh dan jantina bayi yang sedang dikandungkan terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu bagi menghormati permintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
"Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri 'green light' baru boleh saya kongsikan dengan peminat.
"Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti," katanya.
Siti juga bakal merakamkan single terbaharu yang didedikasikan untuk cahaya mata sulungnya itu dalam tempoh terdekat.
Malah, pelantun lagu Segala Perasaan itu juga memberitahu bakal membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.
"Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila," tambah Siti.
Sementara itu, bagi yang ingin melihat gelagat penyanyi kesayangan ramai ini bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai bersama keluarga besarnya, jangan lepaskan peluang menonton rancangan jurnal percutian CTDK-ation.
CTDK-ation akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember (malam ini).
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video