"Kalau Macam Lagu Sepohon Kayu" - Neelofa Tersalah Sebut Tajuk Lagu Masa Live Meletop

Zulaikha Yusof
Jun 21, 2019 04:54 MYT
Pengacara Noor Neelofa tersalah menyebut tajuk lagu yang dianggapnya adalah nyanyian kumpulan nasyid Raihan semasa siaran langsung program Meletop baru-baru ini.
Pada minggu tersebut, Raihan bersama penyanyi, pelakon dan pengacara Aliff Satar hadir sebagai tetamu undangan.
"Kalau macam lagu Sepohon Kayu," kata Neelofa.
Alif membalas dengan memberitahu lagu Sepohon Kayu bukan nyanyian kumpulan Raihan.
"Sepohon Kayu bukan lagu Raihan," katanya sambil menahan ketawa.
Manakala pelawak Nabil Ahmad seronok membahan Neelofa pada malam itu.
"Aku ada bahan sekarang. Aku ada bahan yang boleh dipakai sampai minggu depan," kata Nabil.
Perkongsian video itu telah dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram (IG) Meletop.
Sekadar info, Sepohon Kayu adalah nyanyian daripada kumpulan nasyid Saujana.
#Neelofa