Pelakon Redza Rosli berkongsi sekeping foto memakai pakaian bomba ketika menjalani satu sesi penggambaran.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Redza mengenang pemergian anggota bomba yang banyak berjasa kepada negara dan mengajak pengikutnya mebacakan Al-Fatihah buat mereka.

"Banyak yang kita dengar tentang kehilangan perwira bomba, kehilangan nyawa demi menyelamat nyawa orang lain, Al-Fatihah," tulisya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan Redza mengenakan persalinan bomba itu selain terkenang pemergian Allahyarham Adib, seorang anggota bomba yang meninggal dunia baru-baru ini.

"Smart lah abang.

"Adui baby.

"Kalau macam ni, hari-hari nak buat ada kebakaran," tulis netizen.

Banyak yang kita dengar tentang kehilangan perwira bomba. Kehilangan nyawa demi menyelamat nyawa yang lain. Al-Fatihah.?? . Dengan rasa penuh tanggungjawab, saya Hairi, perwira anda dalam Bomba The Series 2.????‍?? . #Hairi #BombaTheSeries #RedzaRosli #RRSupporters #RR

A post shared by Redza Rosli #RR ?? (@redzarosli) on


Redza mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam telefilem serta drama tempatan.