"Kalau Macam Ni Hari-Hari Nak Buat Ada Kebakaran" - Foto Redza Rosli Pakai Baju Bomba Bikin Netizen Cair!

Asraf Aided
Februari 14, 2019 05:33 MYT
Pelakon Redza Rosli berkongsi sekeping foto memakai pakaian bomba ketika menjalani satu sesi penggambaran.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Redza mengenang pemergian anggota bomba yang banyak berjasa kepada negara dan mengajak pengikutnya mebacakan Al-Fatihah buat mereka.
"Banyak yang kita dengar tentang kehilangan perwira bomba, kehilangan nyawa demi menyelamat nyawa orang lain, Al-Fatihah," tulisya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan Redza mengenakan persalinan bomba itu selain terkenang pemergian Allahyarham Adib, seorang anggota bomba yang meninggal dunia baru-baru ini.
"Smart lah abang.
"Adui baby.
"Kalau macam ni, hari-hari nak buat ada kebakaran," tulis netizen.
Redza mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2009 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam telefilem serta drama tempatan.
#Redza Rosli