"Kalau Macam Ni Hasilnya, Aku Nak Marah Siapa" - Azwan Kombos Terpedaya?

Asraf Aided
Februari 22, 2019 06:30 MYT
Pelakon Azwan Kombos mendakwa dirinya terpedaya dengan pihak yang menghasilkan iklan untuk produk perniagaannya.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
Menurut Azwan, dia telah membayar wang sebanyak RM 10,000 kepada pihak tersebut yang menjanjikan kualiti iklan bertaraf antarabangsa kepadanya, namun begitu, hasil kerja pihak berkenaan tidak menepati apa yang telah dijanjikan.
"Bukan nak aibkan orang yang buat iklan ini, saya pun tak nak sebut nama mereka.
"Mereka ingat saya orang kaya senang-senang nak keluarkan bajet RM 10,000 untuk buat iklan ini?
"Mereka berjaya yakinkan saya untuk buat iklan ini, yakin boleh buat iklan bertaraf antarabangsa katanya, saya pun melabur saja lah.
"Tapi kalau dah macam ini hasilnya, saya nak marah siapa? marah diri sendiri saja lah sebab tak check background mereka betul-betul," tulisnya di ruangan kapsyen.
Di entri tersebut, Azwan berkongsi video iklan yang dimaksudkannya itu.
Ekoran perkara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Azwan agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
#Azwan Kombos