,
Hiburan

"Kalau Macam Ni Layanan, Tiap-Tiap Tahun Beranak Pun Tak Apa" - Netizen Puji Suami Tolong Farah Nabilah Bertungku

Amri Hassan
07/11/2020
02:31 MYT
Aksi suami kepada pelakon Farah Nabilah, Mohamed Amirul yang gigih membantu isterinya sepanjang tempoh berpantang menarik perhatian netizen.
BACA: Farah Nabilah Selamat Bersalin, Timang Bayi Lelaki, Tahniah!
Menerusi sepotong video yang dikongsikan Farah di Instagramnya, Amirul kelihatan tekun membantunya di samping putera sulung mereka, Andre Omar Mohamed Amirul yang sedang tidur bersebelahan.
"Fawa masih lagi tengah pantang, sekarang ni baby tengah tidur, masa inilah minta tolong suami tolong urutkan kita guna tungku moden. Tengah pantang inilah nak rasa panas-panas," kata Farah.
Yang menjadi perhatian adalah proses bertungku Farah yang dibantu Amirul. Rata-ratanya memuji Amirul dan menyifatkan Farah bertuah memiliki suami yang penyayang sepertinya.
"Kalau macam ini punya layanan dari suami tiap-tiap tahun beranak pun tak apa tak rasa sakit. Beruntung dapat suami yang baik hati dan bertanggungjawab," tulis pemilik akaun @iedurs4.
"Loving husband, saling melengkapi. Happy family," tambah @amrinaazaman.
"Baiknya suami tolong tungkukan. Semoga keluarga Farah bahagia," tulis pengguna lain pula.
Farah dan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.
BACA: Unik! Farah Nabilah Perkenalkan Nama Anak Selepas 6 Hari Bersalin
Pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.