Hiburan
“Kalau Mak Naik Hantu, Bapaknya Kena Tenang”- Jarang Tantrum, Ini Rupanya Cara Johan & Ozlynn Didik Anak
Pelakon, Ozlynn mendedahkan dia dan suaminya, penyampai radio ERA, Johan, tegas dalam mendidik anak-anak.
Ozlynn berkongsi cara mereka mendidik anak-anak menerusi perkongsi di kemas kini terbaru akaun Instagramnya semalam.
Bagaimanapun menurut Ozlynn, Johan lebih mahir dalam memahami dan mendalami hati anak-anak.
“Lepas maghrib selalunya kalau boleh papa akan luangkan masa untuk sama-sama dengan anak-anak berbual, luah perasaan, nasihat dan pasti ending dia linangan air mata.
“Baik dari yang sulung sampai la yang no 4, yang bongsu tak faham apa-apa lagi so dia selamat. Papa lepas bagi ceramah mesti amik hati anak-anak balik.
“Haishhh dia pandai main jiwa dan beli jiwa anak-anak sebab tu anak-anak lebih rapat dengan dia. Aku?? Selalu jadi tukang bakor line.
“Papa dorang tengah ? kadang bila geram kita tambah minyak tanah bagi api tu besor sikit. Bila bebudak takut baru sikit… sikit… Kita jirus air kat papa dorang.
“Tapi kadang papa dorang tengah membara tu cepat-cepat minum air bukan apa risau mama dorang pulak yang telan minyak tanah,” tulisnya.
Tambah Ozlynn lagi, dalam apa jua cara sekalipun ibu bapa perlu peka dan bertolak-ansur antara satu sama lain sewaktu berinteraksi dengan anak-anak.
“Dalam hidup nih kita kena flexible tak boleh nak hamok anak jek, ada masa kita kena berbicara secara tenang. Biar banyak kali terangkan.
“Jangan rungut kalau anak masih sama atau kejap je berubah pastu buat balik. Normal weh, nama pon budak. Kalau yang tua pun tak faham bahasa so as a mother kena doakan yang baik-baik.
“Ngamuk tak apa tapi ada had dan masanya, kalau mak naik hantu, bapaknya kena tenang. Tengok kalau mak dah mcm kena sampok hantu tibai anak, pelan-pelan tarik mak ke tepi, tenangkan…
“Begitulah sebaliknya. Jangan jadi perosak anak, bila mak tengah marah kat belakang bapak pulak cakap… Ha tak mau kawan mama ye mama marah adik ye tadi, wehhh tu rosakkan anak!
“Please ye… Jangan buat macam tu lepas marah atau tegur anak, pastikan kita tenangkan balik keadaan yang tegang tadi.
“Bagitahu anak-anak kenapa kita marah, mulakan dengan kata-kata semangat, kata-kata yang penuh kasih sayang.
“Tarik dan beli jiwa anak kembali dengan berhemah bukan “berkhemah bersama si nopal yek.” beri kata semangat pada anak, bukan spoilkan.
“So buat mak bapak di luar sana, please jangan spoilkan anak-anak sampai kesalahan dia buat tidak ditegur. Sayang anak ditangan-tangankan… Sayang isteri di kiss-kiss kan #libastetaplibas,” tulisnya.
Perkongsian Ozlynn itu mendapat respon positif pengikutnya yang rata-ratanya menyatakan rasa kagum terhadap cara pasangan ini mendidik anak-anak.
Terdahulu, Johan dan Ozlynn telah berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
Foto: Instagram @jozlynnhanania
Must-Watch Video