"Kalau Mandi Tak Hilang Gangguan, Boleh Jumpa Saya" - Buka Pusat Rawatan Islam, Adam AF2 Tak Demand Bayaran

Amri Hassan
Mac 15, 2019 12:50 MYT
Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Adam tidak menetapkan nilai bayaran tertentu kepada pesakitnya untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Jelas Adam, biasanya bayaran itu ditetapkan sendiri oleh pesakitnya seikhlas hati.
"Sesiapa sahaja boleh datang berjumpa saya sekiranya mereka sudah habis mencari ikhtiar di tempat lain.
"Daripada segi mahar, mereka boleh bayar seikhlas hati dan semampunya.
"Saya nak membantu, jadi saya tidak menetapkan bayaran khusus sebab ilmu ini pun dipinjamkan Allah dan diturunkan daripada guru-guru saya untuk diamalkan dan membantu orang," katanya kepada HLive.
Selain melakukan rawatan Islam, Adam turut menjual produk perubatan Islam seperti gel mandian.
"Bagi pengguna saya yang sudah menggunakan produk terbabit untuk merawat gangguan dalam tubuh badan mereka.
"Tetapi masih belum hilang, mereka boleh terus berjumpa saya untuk ikhtiar selanjutnya," tambahnya yang sudah beroperasi sejak 9 tahun lalu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Penyanyi #Penyanyi #Adam AF2 #Pusat Rawatan Islam