BERITA
Kalau Menari Luar Pintu Kapal Terbang Bergerak Baru 'Rare'
Bagaikan virus merebak pada golongan selebriti tempatan apabila tarian Shiggy atau lebih dikenali sebagai #InMyFeelingChallenge atau 'KekeChallenge' semakin menjadi ikutan.
Ramai artis kita teruja untuk melakukan perkara yang sama yang menunjukkan aksi individu itu keluar dari kereta yang sedang bergerak dan menari sambil pintu kereta terbuka.
Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri turut memberikan komen terhadap aksi yang kebanyakan dilakukan artis tempatan itu seolah menunjukkan kehidupan masyarakat kita semakin stres.
"Apa tidaknya benda macam menari luar kete pun boleh jadi hiburan viral," katanya menerusi status di Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa kebenda lah sgt menari luar kete tu kalu difikirkan ya...lain lah kalu menari luar pintu kapal terbang masa dia bergerak," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Nampak sangat mentaliti cetek. Sepatutnya tunjukkan teladan yang baik," kata Adam Shahz.
Teks oleh: Elrafaei Sapi