“Kalau Menyanyi Sampai Tua, So What?”- Aishah Berang Netizen Persoal Keputusan Keluar Dari Bidang Politik

Syafiqah Jalal
Julai 4, 2018 05:53 MYT
Penyanyi Aishah berang selepas dia dituduh mengambil keputusan untuk berhenti dari bidang politik kerana tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Aishah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya menjelaskan persoalan salah seorang netizen yang memberi komen terhadap keputusannya yang mahu memberi perhatian sepenuhnya di dalam bidang seni.
[BACA: “Selamat Tinggal Politik, Dari Saat Ini Saya…” – Aishah ]
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar paparan skrin komen serta penjelasannya mengapa tidak menyertai politik.
Aishah menjelaskan dia sendiri meminta untuk dicalon dalam PRU14 kali ini kerana mahu fokus dalam bidang seni.
Menurut Aishah lagi, jika benar dia mahu menyanyi hingga lanjut usia sekalipun apa salahnya kerana itu kelebihan dan bakat yang dia ada.
Foto: IG Aishah
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Politik #Penyanyi #Aishah