“Kalau Nak Ambil Wuduk, Sakit Tak Tindik Hidung Tu?”- Penampilan Aisyah Aziz Dipersoal

Syafiqah Jalal
November 14, 2018 10:34 MYT
Foto Aisyah Aziz bertindik di hidung serta tampil dengan ukiran di tangan menjadi perhatian peminat dan pengikutnya di Instagram (IG).
Menerusi entri terbaharu di IGnya, Aisyah cuba untuk berkongsi tips kesihatannya kepada pengikutnya.
Namun foto wajah terbaharu adik kepada Aliff Aziz yang dimuat naik itu telah menjadi perhatian ramai.
Aisyah dalam foto tersebut menampilkan dirinya yang memakai baju mendedahkan bahunya sedang memegang sebotol air.
Rata-rata mula mempersoalkan imejnya itu termasuk adakah hidungnya yang ditindik tidak sakit ketika mahu ambil wuduk serta bertanya ukiran ditangannya sama ada tatu ataupun inai.
Aisyah bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan tidak bertindak untuk membalas komen-komen tersebut.