Hiburan

“Kalau Nak Bahagia & Tak Sakit Hati Kena…”- Sheira Aiyob Tunjuk Cara Hargai Pasangan

gempak
Syafiqah Jalal
14/08/2020
07:43 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Nak Bahagia & Tak Sakit Hati Kena…”- Sheira Aiyob Tunjuk Cara Hargai Pasangan
Pelakon Sheira Aiyob mendedahkan dia tidak pernah meminta suaminya, Zahiril Adzim melakukan kerja rumah jika ia bukan kepakarannya.
Namun, Sheira memberitahu Zahiril sering membantunya menggosok baju di rumah.
“Aku tak pernah paksa dia (Zahiril) masak sebab aku tak nak makan maggi hari-hari. Hehe. Tapi bab iron baju ni bila aku minta dia tolong, jarang lah dia tak buat,” katanya.
Sheira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut Sheira jika mahu bahagia dalam rumah tangga cari kelebihan yang ada pada pasangan.
“Bersyukur dan hargai pasangan kita. Kalau nak happy dan tak sakit hati, kita cari kelebihan dia.
“Yang mana kurang, kita sama-sama baiki. Ecehhh!” katanya berseloroh.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Pasangan ini telah berkahwin pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live