Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Kalau Nak Bincang Baik-Baik Saya Okay” - Aliff Syukri Tak Ada Masalah Bersemuka Dengan Ali Puteh

Zulaikha Yusof 19/02/2020 | 23:13 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan situasi sebenar yang terjadi semasa berkunjung ke rumah balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.
Jelas Aliff tindakannya menziarahi hanya untuk memberi bantuan kewangan dan peralatan rumah.
"Saya tak faham.... Saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sebab saya lihat dia memerlukan. Saya bertanya khabar dan saya disambut baik dari mereka," tulisnya di Instgaram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan kesemua soalan yang dikemukakan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Hidayah.
Malah, pelantun lagu Abang Nak Tegur itu bersikap terbuka untuk bersemuka dengan adik arwah iaitu pelawak Ali Puteh bagi menyelesaikan masalah.
"Semua soalan saya dah disetujui oleh mereka bukan saya suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitviti orang).
"Tak kaya pun buat Youtube duit bayar duit minyak kereta saya je lepas..Memang saya bantu semua orang.
"Kalau nak bincng baik-baik saya okay jerrr... Kenapa macam nak gaduh??
"Sebelum mengutuk tengok dulu live dulu. Saya tak salah kan sesiapa malah tak mengutuk sesiapa pun..
"Cuba dengar saya ada 10 kali rakaman video lagi malah sebelum posting semestinya persetujuan semua nak bahan semua sy simpan.
"Kami datang pun berjemput jadi fikirkan (aku tak kayalah duit Youtube dah lama buat bisnes lah). Tunggu tindakan saya," tulisnya lagi.

sy tak faham.... sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka... dan smua soalan sy dah di setujui oleh mereka bkn i suka2 tanya (harap maklum jgn cakap i x jaga sensitviti org) .... Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg. tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas..? memang i bantu smua org...kalau nak bincng baik2 i ok jerrr... kenapa mcm nak gaduh?? . . good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar...sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan...kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Hasil pemerhatian Gempak, Ali lantas meninggalkan komen selepas beberapa minit entri tersebut dikongsikan kepada umum.
"Kau sepatut mintak kebenaran keluarga arwah..Bukan memandai boleh mendatangkan fitnah.
"Nak buat amal buat lah..Jangan berlagak kaya seperti semua kau yang punya @aliffsyukriterlajaklari," tulis Ali.
Terdahulu, Ali tidak dapat menahan rasa sabar selepas menonton video live yang dibuat oleh usahawan kosmetik tersebut yang berkunjung ke rumah balu Abam.
BACA: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
#Ali Puteh #Aliff Syukri
;