"Kalau Nak Dapatkan Yang Cantik, Usaha Juga Harus Bertahun-Tahun"- Ini Nasihat Baim Wong Pada Yang Masih Bujang

Rozaimi Zubaidi
Disember 4, 2018 21:45 MYT
Pelakon popular Indonesia, Baim Wong berharap orang ramai yang masih bujang supaya tidak berputus asa dalam mencari pasangan hidup.
Menerusi entri di Instagram (IG), Baim memberi nasihat kepada orang ramai supaya terus mencari pasangan hidup mereka dengan sabar dan tenang.
"Weee!! Sudah bernikah. Yang masih bujang jangan berputus asa yah. Si cantik dan si jejaka masih menunggu untuk dicari.
"Jangan terus berdiam diri duduk dirumah sahaja. Kalau nak dapatkan yang cantik harus berusaha sehinga bertahun-tahun.
"Doanya juga harus bertahun-tahun. Semoga terus bersemangat mencari si dia," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Baim dan mereka juga mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.
Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven telah sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz berserta mas kahwin sebanyak 11 gram emas pada 21 November lalu dalam sebuah majlis yang penuh dengan tradisi.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.
Sebelum ini, Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
#Pelakon Indonesia #Baim Wong