BERITA
"Kalau Nak Ikutkan Memang Sedih, Tapi ....." - Idayu
Juara AF Megastar, Idayu mengakui bersyukur apabila masih ada pihak yang menyokong kerjaya seninya sehingga kini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Idayu menjelaskan dia harus berkerja keras menghasilkan single terbaharu untuk menghargai jasa peminat-peminatnya.
"Kalau nak ikutkan memang sedih tapi apa yang Kak Yuyu (Idayu) buat ini adalah untuk fans yang masih setia menyokong Kak Yuyu dari awal sampailah sekarang.
"Tapi tak dinafikan disebalik kerja kita tu, tragedi yang tak diingini berlaku dan kita tak mampu nak elak, namun semuanya berjaya kami hadapi.
"Terima kasih kepada seluruh team yang terlibat dalam pembikinan muzik video Yang Ku Rindu, semoga Allah sahaja dapat membalas jasa anda yang sentiasa membantu dan mendoakan Kak Yuyu," tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata memberi semangat kepada Idayu untuk terus berkarya menghasilkan single dan mereka juga tidak sabar juga menyaksikan muzik video terbaru daripada Idayu.
"@ermizimuhamad: Ya Allah. Sampai macam tu sekali. Itu pun masih ada yang hentam and tak nampak effort Idayu. Semoga Idayu terus kuat. Kami support Idayu."
"@nurbellaramlan: Demi nak hsilkan MV yang best, sanggup Idayu buat macam macam. Harap peminat akan hargai bakat and effort Idayu. Go go go Idayu."
"@putrinana___: Dari AF lagi minat Kak Idayu. Dok tunggu juga kenapa lama menyepi. Akhirnya sekarang. Tak sabar nak tengok muzik video lagu baru Idayu."
"@enna_izzudin: Ignore je apa orang nak cakap yang penting kami as your fans tahu hati you macam mana. We will always support you. Be strong Idayu. Love you always."
Sebelum ini, nama Idayu pernah menyerlah dalam program Akademi Fantasia Musim Kega (AF3) hingga diberi jolokan sebagai Mariah Carey Malaysia.
Namun, sinar bintangnya semakin pudar hingga akhirnya dilupakan terus daripada industri seni tempatan.
Namanya mula menjadi sebutan semula apabila menyertai AF Megastar dan bergelar juara program tersebut.
Must-Watch Video