"Kalau Nak Kehidupan Lebih Baik, Saya Kena..." - Yuka Karishma Kongsi Sebab Berhijrah
Asraf Aided
17/09/2021 10:10 MYT
17/09/2021 10:10 MYT
Penyanyi berbakat dari Indonesia, Yuka Karishma berkongsi tentang sebab berhijrah dan mula memakai hijab sejak tahun lalu.
Menurut Yuka, dia harus mengubah dirinya menjadi lebih baik terlebih dahulu sebagai satu cara mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
"Sebenarnya saya dah lama memiliki hasrat untuk berhijrah, tapi saya mula berhijab sejak Oktober tahun lalu.
"Saya banyak belajar, kalau nak kehidupan menjadi lebih baik, saya kena jadikan diri lebih baik terlebih dahulu. Dari situlah saya memutuskan untuk berhijab," katanya.
Yuka berkata demikian dalam sidang media virtual anjuran Rocketfuel Entertainment sempena mempromosikan lagu terbarunya, Melihatmu Bahagia pada Selasa.
Dalam pada itu, Yuka juga bercerita tentang permulaan kehidupannya di Malaysia 17 tahun lalu.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Yuka juga mendedahkan dia memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki di negara ini.
"Pertama kali saya pindah ke Malaysia adalah pada tahun 2004 sewaktu bapa saya bekerja di sebuah syarikat di sini.
"Ketika itu saya masih bersekolah dan terus ambil peperiksaan SPM di sini juga.
"Sekarang sudah lebih dua tahun saya tidak berjumpa ibu dan keluarga di Indonesia disebabkan COVID-19, memang saya rasa sedih dan sangat rindu akan mereka," katanya lagi.
BACA: "Lagu Ini Lambang Rindu..." - Yuka Karishma Dedikasi Lagu Buat Ibu Di Indonesia