Hiburan
"Kalau Nak Mati, Matilah Seorang... Jangan Libatkan Nyawa Anak" - Fedtri Yahya Beri Pesanan Kepada Golongan Anti-Vaksin
Baru-baru ini, tular kisah mengenai seorang ibu baru bersalin yang enggan memberikan kebenaran kepada doktor untuk memberikan vaksin dan sebarang antibiotik untuk bayi yang baru dilahirkannya.
Mendapat kritikan ramai pihak, isu terbabit mengundang kemarahan masyarakat yang rata-ratanya menganggap ibu terbabit mementingkan dirinya sendiri berbanding keselamatan bayi yang terkena demam kuning.
Terbaru, pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya turut memberikan pandangan terhadap perkara ini.
"Terjumpa perkongsian ni. Kasihan pada petugas perubatan. Sudahlah kerja banyak, nak melayan golongan degil macam ni lagi.
"Kalau nak mati, matilah sorang... jangan libatkan nyawa anak. Jangan jual nama agama untuk perjuangkan kejahilan diri," tulis hos rancangan Malaysia Hari Ini itu.
Dalam pada itu, Fedtri juga sempat menceritakan pengalamannya dengan golongan anti-vaksin ini.
"Macam lelaki yang jumpa hari tu. Isteri sarat. Tak pernah check up. Cukup makanan sunnah dan yakin bantuan Allah saja katanya.
"Salah faham konsep ilmu, tawakkal dan redha. Perubatan juga ilmu Allah makcik pakcik #antivaksin oiii. Duduk negara Arab lama. Balik-balik, anak asyik sakit je. Tak halalkan ubat moden ke tubuh anak-anak. Neneknya pun pening," tulis Fedtri lagi.
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat Fedtri dan turut sama mengecam golongan ibu bapa yang enggan memberikan vaksin kepada bayi mereka.