Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Nak Panggil Saya, Rate Paling Sikit RM15,000 Untuk Menyanyi” - Bayaran Tak Setimpal! Aliff Syukri Sanggup Tolak Tawaran Nyanyian Di Sebuah Konsert

Mya Amri
02/11/2024 10:25 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dia mendapat tawaran menyanyi di sebuah konsert.

Tolak sebab bayaran tak setimpal

Bagaimanapun kata Aliff dia mempunyai sebab memilih untuk menolak tawaran tersebut.

“Sebenarnya baru-baru ini saya dapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert sebagai artis undangan cuma saya belum bersedia.

“Terus-terang saya katakan, suara saya terlalu sedap tetapi bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.

“Kalau nak panggil saya buat persembahan, satu show, rate atau harga saya paling sikit dalam RM15,000 untuk tiga lagu.

“Ini serius, contoh kalau saya pergi dan sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar dapat RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi.

“Kalau begitu lebih baik saya buat live di media sosial sahaja,” ujarnya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World,baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Andai Kata Isteri Tiada, Saya Mungkin Tak Akan Kahwin Lagi…” - Aliff Syukri Sebak Terkenang Situasi Hampir Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Aliff Syukri Syukur Bakat Dihargai Siti Nurhaliza - “Tunggulah Hari Raya Ini Awak Jadi…”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Selepas Dimarah Ibu, Aliff Syukri Serah Balik Takhta Penyanyi No. 1 Kepada Siti Nurhaliza - “Saya Dah Jadi Nombor 2…”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Gelaran 'Penyanyi Nombor 1', Siti Nurhaliza Minta Semua Bertenang - "Ini Gurauan, Jangan Ambil Serius Sangat"

ARTIKEL BERKAITAN:Epik! Siti Nurhaliza Terpaksa Mengiakan Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1, Siap Minta Izin - "Saya Dekat Belakang Awak Ya"

Bukan sombong tapi jaga reputasi

Dalam pada itu, Aliff menjelaskan penolakan itu tidak bermaksud dia menyombong diri sebaliknya mahu menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi.

“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul.

“Saya tolak bukan sebab nak menyombong. Tak berbaloi dengan bayaran. suruh saya menyanyi satu lagu tapi lokasinya pula jauh di Pulau Pinang. Tak boleh lah begitu,” jelasnya.

#Konsert #Aliff Syukri #Datuk Seri Aliff Syukri #Bayaran
;