Hiburan
"Kalau Nak Raih Like Jangan Tunjuk Sangat Bodoh Tak Tau Nak Beza..." - Pakai Surgical Mask Nak Elak Jerebu, PU Abu Undang Kecaman Netizen
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.
Foto tersebut menunjukkan Abu memakai topeng muka pembedahan (surgical mask) ketika musim jerebu.
"Moga Allah lindungi Malaysia. Masalah jerebu makin merisaukan, gambaran Ad-Dukhan mula dibahaskan namun sejauh mana kita mempersiapkan diri berhadapan dengan kejadian yang sebenar. Allahu musta'an.
"Ayuh persiapkan hati di samping menjaga kesihatan diri," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan Abu yang salah memakai jenis topeng muka.
Sekadar info, topeng muka nipis yang sering dipakai oleh para doktor sewaktu pembedahan bukanlah alat yang sesuai digunakan untuk menghalang asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan.
Topeng muka yang berkesan untuk jerebu adalah N95.
Sudah hampir tiga minggu Semenanjung Malaysia dan Sarawak mengalami masalah jerebu yang membahayakan kesihatan rakyat.
Jerebut tersebut dilaporkan berpunca susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.