Berita
“Kalau Nak Tahu Dulu, Saya Model Tapi Lepas Berkahwin…”- Balkiysh Semundur Khan
Pelakon Balkiysh Semundur Khan mendedahkan dia pernah menceburi bidang peragawan ketika di usia remaja.
Namun hidupnya sekelip mata berubah selepas mendirikan rumah tangga kerana sibuk menguruskan rumah tangga.
“Kalau nak tau, dulu waktu saya muda remaja, saya ni seorang model. Tapi lepas saya berkahwin saya tinggalkan semua itu dan fokus pada keluarga.
“Bila dah ada anak saya memang tak suka cantik-cantik dan jaga penampilan sebab mungkin waktu tu saya banyak uruskan keluarga dan tiada masa uuntuk jaga penampilan dan lama-lama sudah jadi terbiasa sampai jadi selekeh.
“Lagipun ketika itu saya percaya pd bakat bukannya penampilan,” katanya.
Balkiysh berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Balkisyh lagi, penampilannya itu membuatkannya kehilangan banyak tawaran lakonan dan kerja.
“Tapi sebenarnya tanggapan saya salah, kita perempuan kenala sentiasa kelihatan cantik dan jaga penampilan.
“Zaman sekarang semua orang nak tengok yang cantik-cantik terutamanya dalam televisyen.
“Semakin hari semakin tiada orang pandang saya. Semua pandang rendah sebab saya ni selekeh dan gemok. Tawaran pun makin kurang dan dapat watak-watak extra sahaja.
“Jadi saya terpaksa kerja macam-macam untuk menyara hidup sekeluarga.
Namun, Balkisyh memberitahu lama-kelamaan kesedarannya untuk menjaga penampilannya kembali.
“Bila saya nampak semua ni, barulah saya rasa nak berubah. Saya nekad untuk transform diri saya untuk masa depan saya dan anak-anak.
“Alhamdullilah, sekarang orang da mula nampak saya, rezeki saya pun dah lebih baik daripada dulu,” katanya lagi.
Perkongsian itu bagaimana pun menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata menjadikan ia sebagai inspirasi kepada wanita lain untuk menjaga kecantikan.
Must-Watch Video