HIBURAN
"Kalau Nyanyi Bagus, Dalam Longkang Pun Suara Sedap" - Atilia
Penyanyi dan komposer Atilia Haron berkongsi satu pesanan berharga yang pernah diberikan oleh penerbit muzik terkenal, Roslan Aziz, mengenai kualiti suara dan keyakinan seorang penyanyi.
Menerusi hantaran di media sosial, Atilia mendedahkan Roslan pernah berkata kepadanya bahawa jika seseorang itu benar-benar menyanyi dengan baik, suara mereka akan tetap sedap didengar walaupun tanpa sokongan sistem bunyi yang canggih.
“Roslan Aziz said this to me once; kalau kau nyanyi BAGOS, dalam longkang pun suara kau sedap. So please don’t depend too much on external sound… wedges ke, in ear ke, house ke. You depend on you,” tulisnya.
Atilia turut meluahkan rasa kurang senang apabila mendengar penyanyi lain sering menyalahkan sistem bunyi jika nyanyian tidak kedengaran sempurna.
Baginya, penyanyi harus bergantung pada kemampuan sendiri, bukan hanya pada teknikal.
“I’m so sick of hearing singers saying eee sound terok lah. Siti nyanyi ok je,” katanya lagi sambil merujuk kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh penyanyi yang tetap konsisten meskipun dalam pelbagai keadaan.
Dalam satu lagi hantaran susulan, Atilia menzahirkan rasa simpati kepada jurutera bunyi yang sering dipersalahkan setiap kali ada masalah ketika persembahan berlangsung.
“Kesian sound guy selalu kena. Padahal, korang yang tapape,” tulisnya ringkas.