Skip to main content

Viral

“Kalau Orang Kahwin Saya Jarang Pergi, Tapi Kalau Orang Meninggal Saya Akan Sampai…” – Zul Ariffin

zul-ariffin-kenduri_1.jpg

Pelakon Zul Ariffin mengakui jarang memenuhi undangan ke majlis perkahwinan sahabat termasuk golongan selebriti yang diterimanya.

Sebaliknya kata aktor bertubuh sasa itu, jika mendengar berita kematian dia tidak akan terlepas untuk memberikan penghormatan terakhir.

Tidak berniat mengguris hati sesiapa atau tunjuk hebat, tetapi menurut Zul dia hanya ingin berkongsi.

“Minta maaf, tetapi itulah perspektif dalam hidup saya. Bukan nak jadi gempak ke apa ke…Tapi saja nak share perspektif hidup saya.

“Kalau orang kahwin tak kiralah artis ke kawan ke saya jarang pergi. Tapi kalau orang meninggal saya ‘sampai’.

“Itu saya daripada dulu, orang meninggal saya ‘sampai’. Sebab everytime saya tengok…saya rasa macam wow! Itulah destinasi kita semua,” katanya menerusi rakaman video Tiktok dikongsi @zaea86.

 

Must-Watch Video

Advertisement