Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kalau Orang Kahwin Saya Jarang Pergi, Tapi Kalau Orang Meninggal Saya Akan Sampai…” – Zul Ariffin

Fiza Kamarudin 03/09/2021 | 02:02 MYT

Pelakon Zul Ariffin mengakui jarang memenuhi undangan ke majlis perkahwinan sahabat termasuk golongan selebriti yang diterimanya.

Sebaliknya kata aktor bertubuh sasa itu, jika mendengar berita kematian dia tidak akan terlepas untuk memberikan penghormatan terakhir.
Tidak berniat mengguris hati sesiapa atau tunjuk hebat, tetapi menurut Zul dia hanya ingin berkongsi.
“Minta maaf, tetapi itulah perspektif dalam hidup saya. Bukan nak jadi gempak ke apa ke…Tapi saja nak share perspektif hidup saya.
“Kalau orang kahwin tak kiralah artis ke kawan ke saya jarang pergi. Tapi kalau orang meninggal saya ‘sampai’.
“Itu saya daripada dulu, orang meninggal saya ‘sampai’. Sebab everytime saya tengok…saya rasa macam wow! Itulah destinasi kita semua,” katanya menerusi rakaman video Tiktok dikongsi @zaea86.

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Zul beberapa hari lalu menerusi sesi live di Instagram turut menjawab soalan peminat mengenai perkahwinan.

Katanya, jika dia berkahwin dia mahu mendirikan solat bersama isteri, malah meninggal dunia disisi seorang isteri.
“Mungkin sebab saya pelakon ramai yang tak sabar mengenai perkahwinan dan all my personal stuff.
“You know what I aspect? If I wanna get married, I just wanna pray with my wife. I just wanna hold her hand before I die…
“If wanna die, I wanna die as someone else punya husband. Itu saja, no expectation, I just do my best,” katanya sebak.
Sehingga kini, Zul tidak pernah berkongsi mengenai kehidupan peribadinya termasuk kisah cinta walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita sebelum ini.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)

#Zul Ariffin #Kematian #Jodoh
;