Penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan dan nasihat, Daqmie atau Azmee Abdul Manap tidak kecil hati lagu lebih dikenali berbanding dirinya.
Daqmie sebelum ini sukses dengan lagu Tangis Sebatang Tamar yang mencecah lebih 2.4juta tontonan di laman sosial Youtube.
“Tidak mengapa jika orang tak kenal saya. Asalkan orang tahu lagu saya dan boleh terima lagu saya itu dah cukup.
“Sekurang-kurangnya saya masih ada kerja dan boleh sara anak dan isteri saya. Populariti bukanlah segala-galanya buat saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Sabda Kekasih di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lagu yang diangkat sebagai runut bunyi telefilem Sabda Kekasih ini merupakan hasil gubahan Daqmie dan Alfa Booty manakala lirik pula mendapat sentuhan peribadi pelakon utama dan penulis skrip telefilem ini sendiri iaitu Aeril Zafrel dan Abban Namus.
Sabda Kekasih merupakan single terbitan Respected Citizen Sdn. Bhd dan Arteffects Sdn. Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.
Bercerita mengenai kerjasamanya dengan Aeril Zafrel, Daqmie berkata dia sudah mengenali pelakon tersebut sejak mereka bekerja di syarikat produksi MIG.
“Dah lama kami kenal, lebih 10 tahun lalu…Aeril masih seperti dulu, sama juga dengan Wawa, mereka tidak pernah berubah walaupun kehidupan mereka kini jauh lebih senang berbanding dahulu.
“Saya sangat gembira untuk mereka dan mendoakan agar kedua-dua mereka terus dilimpahi rezeki oleh Allah SWT.
“Mereka pasangan muda yang wajar dijadikan contoh kerana rajin berusaha untuk ubah hidup mereka. Dari tak ada apa-apa, sampai sudah menjadi usahawan sekarang,” katanya.
Bekerjasama dengan Aeril juga bukan satu masalah buat Daqmie kerana hubungan rapat yang sudah terjalin sejak sekian lama.
“Tidak sukar mencari keserasian kerana kami sudah biasa bekerja sama. Saya harap lagu ini dapat diterima semua,” katanya,
Lagu Sabda Kekasih sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music sejak 1 September lalu.
Muzik video Sabda Kekasih kini boleh ditonton menerusi saluran Youtube Arteffects Media yang mula dimuat naik sejak 9 September lalu.
Fiza Kamarudin
Thu Sep 17 2020
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.