Pelakon Che Puan Juliana Evans mendedahkan usahanya untuk mendapat berat badan terkini memakan masa selama beberapa tahun.

Menurut Juliana, dia mengawal pemakanan harian dengan cara memasak sendiri di rumah.

"Sejak saya menjadi seorang isteri, saya masak masakan saya sendiri.

"Saya masak untuk suami, selesa melakukan kerja rumah jadi itu antara salah satu senaman untuk diri.

"Jelas sekali, saya mengambil masa beberapa tahun untuk berjaya mencapai tahap berat badan sekarang.

"Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia," katanya kepada Gempak.

Juliana ditemui ketika majlis Pra-Tonton Khas Media Filem Bella & Jamie yang diadakan di GSC Pavillion semalam.

Tambah Juliana, kini dia sudah mendapat berat badan ketika zaman belajar dahulu.

"Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi. Sekarang ini berat saya sudah mencapai seperti zaman belajar dahulu.

"Saya memang nak kurus dengan berat sekitar 47 atau 48 kilogram saja," katanya lagi.

Selain Juliana, filem Bella & Jamie turut menampilkan barisan pelakon yang hebat iaitu Liyana Jasmay, Izzue Islam, Khir Rahman, Dynas Mokhtar, Bell Ngasri dan Sharifah Nadia.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Januari ini.