Laman Utama

“Kalau Orang Putih Cakap Melayu Salah Kau Kata Comel” - Siti Sarah Selar Mereka Yang Sibuk Cari Kesalahan Berbahasa Inggeris Orang Lain

gempak
Azwa Rahman
17/02/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Orang Putih Cakap Melayu Salah Kau Kata Comel” - Siti Sarah Selar Mereka Yang Sibuk Cari Kesalahan Berbahasa Inggeris Orang Lain
Penyanyi Siti Sarah mempertahankan golongan yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan tidak faham mengapa kesalahan mereka tersebut selalu dijadikan tumpuan.
Menerusi laman sosial Twitter, Sarah merasakan tidak semua orang Melayu boleh menyebut perkataan Inggeris dengan baik dan jangan malu untuk berusaha.
“Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang. Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris. “Alahai, bagi Sarah tak semua orang Melayu boleh sebut perkataan dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kita makan budu, sambal belacan mesti ada lidah keras tu. hahaha.
“Bagi Sarah okay je kalau cakap broken english. Orang putih betul pun berterabur bila cakap tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakap english kena cakap macam dalam buku, apo? Sebut tak betul tu okey je, negara lain rileks je.
“Diaorang belum tentu boleh cakap melayu dengan sebutan yang perfect kalau orang putih cakap melayu salah kau kata comel. Kalau Melayu cakap orang putih salah kau kata bodoh,” jelasnya menerusi bebenang ciapan.
Menurut Sarah lagi, dia mohon agar mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris untuk tidak patah semangat dan terus berusaha.
Malah, buat mereka yang ingin membantu golongan ini, janganlah menegur sampai di tahap mengaibkan.
“Tak payah malu kalau tak reti sebut perkataan english. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la tu kan? Kadang kita ni terikat dengan loghat dan percakapan seharian.
“Sedangkan kalau kita baca Al Quran kalau pelat tak boleh sebut pun, sekiranya kita cuba juga itu pun pahala. Apa yang memalukan, kita ni sibuk cari salah orang salah sendiri besar gajah pun tak nampak.
“Maksud bukanlah kita tak perlu belajar english dengan baik, cuma jangan malu untuk berbahasa Inggeris walau salah dan sebagai orang yang nak menegur jangan sampai mengaibkan org lain. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita,” jelasnya lagi.
Awal minggu ini, ucapan berbahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di persidangan maya Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) United Nations (UN), New York mencuri perhatian ramai termasuklah seorang selebriti tempatan.
Selebriti tersebut kemudian tampil memperbetulkan kesalahan sebutan bahasa Inggeris menteri yang semakin jelita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024