Penyanyi baru, Aidil Maula akui tidak bercinta dan lebih selesa untuk bekerja lebih masa.

Menurut Aidil, tidak salah untuk mempunyai ramai kenalan, namun yang penting, harus berhati-hati.

"Buat masa ini, saya lebih selesa dan sedang membiasakan diri untuk bekerja lebih masa.

"Saya tidak bercinta lagi, sesungguhnya berkenalan ramai itu tidak salah, tetapi hanya perlu lebih berhati-hati.

"Dunia ini sementara, luangkan lebih masa untuk diri sendiri, semua yang terjadi pun adalah ketentuan Ilahi dan usaha diri sendiri," katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan terbaru, Aidil kini tampil dengan lagu berjudul Pedih yang ditulis olehnya sendiri tiga tahun lalu bersama seorang rakan baik.

Bercakap mengenai genre muzik dan rupa paras, Aidil yakin setiap orang mempunyai pandangan dan kesukaan yang berbeza.

"Setiap orang mempunyai pandangan dan kesukaan masing-masing, ,mungkin genre muzik yang saya cuba ketengahkan agak urban dan lain dari yang biasa didengari di radio atau mana-mana platform awam.

"Kalau orang suka tengok saya tu, saya pun suka tengok saya!" selorohnya.

Lagu Pedih boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, Deezer dan YouTube Music.

Muzik video rasminya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Datu Entertainment, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!