Hiburan

"Kalau Orang Terhormat Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana Kita Nak ..." - Bront Palarae

gempak
Amri Hassan
03/01/2020
05:26 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Orang Terhormat Tak Nak Guna Kereta Nasional, Macam Mana Kita Nak ..." - Bront Palarae
Pelakon terkenal, Bront Palarae membangkitkan persoalan bahawa penggunaan kenderaan mewah oleh kerajaan hanya akan memberi kesan terhadap keyakinan pihak luar ke atas kenderaan nasional.
Perkara tersebut dikongsikan Bront Palarae menerusi akuan rasmi Twitternya memberitahu perkara tersebut hanya akan menyebabkan masyarakat luar tidak yakin untuk membeli kereta buatan Malaysia sekiranya pihak atasan sendiri tidak menggunakannya.
"Kalau orang-orang terhormat kita sendiri tak nak guna kereta nasional, jadi macam mana kita nak meyakinkan orang luar untuk membeli.
"Jika ini dilakukan untuk menguatkan hubungan diplomatik, bermakna ratusan kereta jenis Perodua juga perlu digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Jepun," ciapnya di Twitter.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Janji niaga itu akan menyaksikan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.
Pelantikan syarikat baharu itu berikutan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan tamat hujung tahun 2019.
Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak kenderaan mewah itu.
Dalam pada itu, perkongsian Bront Palarae yang tular di media sosial itu rata-ratanya memberi sokongan dan bersetuju dengan pandangan pelakon tersebut.
Bagi netizen, keputusan kerajaan ingin mengambil kenderaan mewah untuk kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan disifatkan sebagai tidak masuk akal terutamanya dalam situasi ekonomi negara tidak menentu.
"Saya setuju seperti mana Kedutaan Sweeden melakukan perkara tersebut di Malaysia. Semuanya diimport dari Sweden. Volvo untuk kenderaan rasmi mereka manakala Electrolux untuk peralatan mereka dan Ikea perabot mereka. Kenapa Malaysia tak boleh melakukan perkara sama?" tulis @ayuniafiqahh di Twitter.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live