Hiburan

“Kalau Pakai Lipstick Tu Laki Lari Juga, Boleh Saman Dia Kan?” - Strategi Pemasaran Kosmetik Syatilla Melvin Dikritik Netizen

gempak
Azwa Rahman
19/02/2020
08:22 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Pakai Lipstick Tu Laki Lari Juga, Boleh Saman Dia Kan?” - Strategi Pemasaran Kosmetik Syatilla Melvin Dikritik Netizen
Jenama lipstick milik pelakon Syatilla Melvin dan adik-beradiknya, Kekasih by The Melvins menerima kritikan wargamaya apabila memaparkan strategi pemasaran yang dianggap merendahkan wanita.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @puteri_amirah berkongsi foto paparan skrin jenama lipstick berkenaan yang menggunakan ayat pemasaran memalukan.
“Saya letih bila bisnes online tempatan guna alasan ‘nanti suami lari’ sebagai strategi pemasaran. Sis, kalau suami awak nak lari, dia akan lari. Takdenya pakai lipstick yang diorang jual ni akan buat laki sis stay. Dan apa yang menyedihkan apabila ada ramai orang yang merasakan tindakan merendahkan wanita seperti ini tidak salah. Mereka tak peduli pun pasal korang. Apa yang mereka pentingkan adalah wang ringgit yang mereka dapat daripada pemasaran murahan macam ni ,” tulis pengguna itu menerus satu kicauan.
Menerusi satu entri jenama tersebut di Instagram mereka, kapsyen yang digunakan dikecam kerana meletakkan sentimen hubungan suami isteri sebagai tujuan pemasaran.
“Sakit hati dak bila laki hampa stalk perempuan lain? Hampa jangan tanya kenapa laki hampa dah jemu nak tenung muka hampa sebab tu la kami readykan hampa macam edition untuk tambat hati kesayangan hampa,” tulis pengendali akaun terbabit.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata pengguna terutamanya wanita bersetuju dengan pendapat pengguna tersebut.
“If kita dah pakai lipstick tu, then laki kita lari juga, kita boleh saman dia lah kan?” tanya seorang wargamaya.
“Macam la lelaki perasaan dia pakai lipstick lain-lain,” kata seorang wargamaya.
“Menipu je lelaki jemu tengok lipstick sama. Diorang tak perasan pun pakai lipstick ubah-ubah warna sekali pun. Suka salahkan perempuan kenapa suami lari, dia kalau nak pergi dia pergi je,” komen seorang wargamaya.
“Sampah je buat caption macam ni!” tegur seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, jenama kosmetik milik isteri kepada Saheizy Sam ini mencetuskan fenomena sekitar tahun lepas kerana mengeluarkan lipstick pada harga mampu milik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024