Usahawan dan jurulatih kecergasan yang pernah menjadi teman rapat pengasas kosmetik popular Nur Sajat, Coach Yin punyai cara tersendiri untuk mengubati patah hati.

Kata pemilik nama sebenar Mohd Tishrrin Mohd Adnan itu, tidak guna untuk terus bersedih mengenangkan cinta yang tidak kesampaian.

"Kalau pasangan anda curang, anda tak perlu sedih. Buat apa nak sedih sedangkan dia sedang bahagia.

"Jangan nangis-nangis bucu katil, jangan menyendiri! Pergi keluar dengan kawan-kawan. Gembirakan diri anda.

"Biarkan dia dengan kebahagiaan dia dan doa baik-baik.

"Percayalah jika niat anda baik, ada yang terbaik untuk diri anda," kongsinya menerusi entri di Instagram.

Kalau pasangan anda curang ,anda xperlu sedih..buat ape nak sedih sedangkan dia sedang bahagia...jgn nangis2 bucu katil..jgn menyendiri.pergi keluar dgn kwn2.. happykn diri anda..xperlu sedih2 .biarkn di dgn kebahagiaan dia.doa baik2...percayalah jika niat anda baik ,ada y terbaik utk diri anda..???.skrg hidup sy lebih bahagia dari one pack skrg dapat sis pack.wakakakaka??

A post shared by Coachyin (@coach_yin) on


Sejak beberapa hari lalu, kecoh di laman sosial apabila jejaka bertubuh sasa itu mendedahkan teman baharu Sajat yang berasal dari Lubnan.

Bagaimanapun, Sajat masih berdiam diri.