Laman Utama
“Kalau Pun Cara Dia Salah, Tergurlah Dengan…”- ‘Backup’ Carl Samsudin, Erma Fatima Dikecam Netizen!
Di kala ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap usahawan dan influencer, Carl Samsudin yang didakwa tidak beradab, pengarah Erma Fatima tampil memberi pendapat yang sebaliknya.
Menurut Erma, meskipun cara Carl dilihat kasar dan tegas namun orang ramai tidak layak untuk sesuka hati melontarkan kata-kata kesat kepada influencer tersebut.
Malah Erma berkata dia menghargai usaha Carl yang mahu mengubah dan membentuk mentality gelandangan untuk maju dalam hidup.
“Pakcik tu yang volunteer ke depan dan dia dijadikan contoh kepada penghuni lain kalau tak nak ubah hidup..tak nak usaha cari kerja..takkan sampai dah tua nk duduk situ.
“Inilah mentaliti orang kita! hanya tahu nak cari salah orang saja! debang debung kau maki aku hanya kerana aku kata dia tak salah. Tapi bahasa kau orang lagi tak beradab dari budak tu.
“Aku tak kenal siapa (Carl) dia, bukan saudara mara aku pun tapi aku hargai usaha dia nak membentuk mentaliti gelandangan ni. Walaupun cara dia mungkin kasar dan tegas tapi kita ada ke kat situ untuk kita judge situasi ketika itu?” katanya.
Erma berkongsi pandangannya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah Erma lagi, meskipun cara influencer itu salah, netizen sepatutnya menegurnya dengan beradab dan bukan mengikut perasaan.
“Kalau pun cara dia salah tegurlah dengan bahasa yang beradab ! kita sibuk cakap pasal adab tapi kita sendiri tak beradab dalam menegur orang. Malulah dengan bahasa yang kau orang guna.
“Setidak- tidaknya budak tu tak keluar bahasa kesat. kau orang? Itu ke adab yang kau orang perjuangkan? Malu aku tengok bangsa aku yang mentaliti mcm ni.
“Cukup-cukuplah perasan nak ambik kerja Tuhan! asyik nk cari salah orang lepas tu tegur orang tak beradab. Cermin muka dulu sebelum kita nak tunding jari pada orang. Moga Allah membuka mata hati kita untuk melihat kebenaran,” tegasnya.
Entri tersebut bagaimanapun mendapat kecaman netizen yang tidak dapat menerima pandangan yang diberikan oleh Erma.
“Kalau orang tua tu parents akak (Erma), Apa akak buat ape dekat Carl tu? Kite ni memang perlu berbahasa, tapi kalau orang dah kurang ajar... Fikirkanlah kak,” komen salah seorang pengikutnya.
“Eh...tiada perasaan ke dia (Erma) ni,” tanya salah seorang warga maya.
“Jenis memang tak hormat orang tua memang dia sokong terus,” kecam salah seorang netizen.
Terdahulu, video berdurasi 50 saat itu memaparkan Carl mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan menjatuhkan air muka warga emas berkenaan.
Must-Watch Video