Berita

"Kalau Rasa Gatal Sangat, Garu Je Tak Payah Lebih-Lebih" - Ini 'Amaran' Isteri Pada Rody Kristal

Rozaimi Zubaidi
25/04/2019
01:16 MYT
Isteri kepada gitaris Rody Kristal, Niena Azman berharap agar suaminya dapat menjaga tingkah laku ketika berada di luar.
Menerusi entri di Instagram (IG), Niena berkongsi gambar bersama suaminya berserta kapsyen seolah-olah memberi amaran kepada Rody.
"Setia pada yang satu En.Mi, boleh? Kalau rasa gatal sangat, garu je tak payah lebih-lebih ok?
"Duniawi sekarang banayk godaan, cobaan dan dambaan. Seorang lelaki diuji ketika dia ada segala-galanya, bila dia tak ada apa-apa I pun taknak. Ok gurau," tulisnya.
Rata-rata terhibur dengan kapsyen yang dikongsikan oleh Niena dan mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Mereka juga telah dikurniakan seorang anak bernama Adithya Jabbar yang dilahirkan pada 14 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Nampak Ganas, Gitaris Band Nu Metal Korn Tubuhkan Pusat Rawatan Kesihatan Mental

gempak
21/01/2024
14:08 MYT
Brian Head Welch mungkin terkenal dengan pembabitan dalam kumpulan nu metal dan muzik bising yang dimainkan Korn.
Laman Utama

Dakwa Kerap Berlaku Geseran, Gitaris Buang Put*ng Payudara

gempak
26/09/2023
14:55 MYT
Seorang gitaris terkenal Jepun mengejutkan netizen apabila mendedahkan telah membuang puting payudaranya.
Laman Utama

Tujuh Vibrato Gitar Himpun Gitaris Tersohor, Bakal Bikin Tanda Aras Baharu

gempak
26/09/2023
10:07 MYT
Tujuh Vibrato Gitar mungkin menjadi satu-satunya panggung yang akan menampilkan gitaris sebagai hero
Laman Utama

“We Made It! Rasa Nak Nangis,” - Rody Kristal & Isteri Buka Cafe, Kecil Tapi Sempoi, Love Sangat!

gempak
28/07/2022
05:34 MYT
Rody dan Niena buka cafe, kecik tapi comel je. Nice untuk mengopi.
Laman Utama

"Dah Tak Rahsia Dah!" - Lia Aziz Kini Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi

gempak
23/07/2022
06:21 MYT
Dengan satu lafaz, bintang Big Stage 2022, Lia Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu.