Berita

"Kalau Sakit Hati Kat Pasangan, Fikir Andai Satu Hari Dia Dipanggil Tuhan..." - Nourul Depp Suruh Jaga Keharmonian Rumah Tangga

gempak
ZULHILMI JALIL
18/02/2020
07:37 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Sakit Hati Kat Pasangan, Fikir Andai Satu Hari Dia Dipanggil Tuhan..." - Nourul Depp Suruh Jaga Keharmonian Rumah Tangga
Penyanyi Nourul Depp menasihati golongan yang sudah berumah tangga agar sentiasa berkomunikasi dengan pasangan masing-masing demi menjaga keharmonian bersama.
Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 43, berkata perkara paling bahaya dalam perhubungan apabila masing-masing hanya bertindak memendam rasa.
"Bergaduh? Ya. Salah faham? Ya. Kadang-kadang rasa macam nak tenyeh muka dia bila tak faham kita kan. Tapi selalu lah fikir, mana ada manusia yang sempurna, termasuklah suami atau isteri kita.
"Kalau sakit hati kat pasangan, fikir tentang andai satu hari dia dipanggil tuhan. Apa kita rasa. Sedih tak? Jadi, kalau terasa hati macam mana pun, selesaikan cepat-cepat. Jangan simpan. Sebab hidup ni pantas sangat-sangat.
"Komunikasi harus baik. Semua akan baik. Kami taulah, 10 tahun kami dok dalam komunikasi tak baik sebab kami banyak simpan perasaan. Lepas tu meletup, habis semua hancur. Tak mahu macam tu," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Percubaan kali ketiga hahaha shaking katanya lepas minum shake?? . Dating sat berdua. Nak pi pejabat Immigresen sat jumpa @shaqis86 . Nak renew socia visa laki kami. . Macam2 news pagi ni. Astarafirrullah tak tau nak gambaqkan perasaan wanita yang kehilangan suami. ? . Suami adalah setengah dari hidup dan badan kita. . Bergaduh? Ya. Salah faham? Ya. Kadang2 rasa macam nak tenyeh muka dia bila tak faham kita kan. Tapi selalu lah pikiaq, mana ada manusia yang sempurna. Termasuk lah suami atau isteri kita . Kalau sakit hati kat pasangan, pikiaq tentang andai satu hari dia dipanggil tuhan. Apa kita rasa. Sedih dak? So kalau terasa hati macam mana pun, settle cepat2. Jangan simpan. Sebab hidup ni pantas sangat2. . Komunikasi harus baik. Semua akan baik. Kami tau lah 10 tahun kami dok dalam komunikasi tak baik sebab kami banyk simpan perasaan. Lepas tu meletop, habih semua hancuq. Tak mau lagu tu . Takziah kepada yang diuji akn kehilangan teman setia, pencinta yang digelar suami. Semoga kamu tenang dan terus tabah. ?♥️ . Terutamanya buat @lynda_adrisya puan @paefaizah @ros.has.li.zah you are strong as ever. ♥️? . #deppfamily #couple #husbandandwife #thedepps #ladydepp #nouruldepp #nouruldeppshares #nouruldeppsays #nouruldeppqoutes
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Pada masa sama, kata Nourul, kehilangan pasangan bukanlah satu fasa yang mudah buat sesiapa yang melaluinya.
Lebih-lebih lagi apabila seorang wanita yang terpaksa berdepan dengan kehilangan insan yang bergelar suami.
"Macam-macam berita pagi ini. Astaghfirullah, tak tahu nak gambarkan perasaan wanita yang kehilangan suami. Suami adalah setengah dari hidup dan badan kita.
"Takziah kepada yang diuji akan kehilangan teman setia, pencinta yang digelar suami. Semoga kamu tenang dan terus tabah," tulisnya.
Nourul mendirikan rumah tangga dengan Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sebelum itu, pelantun lagu Sehati Sejiwa itu pernah berkahwin dengan komposer Ajai, namun hubungan tersebut bertahan selama 10 tahun sebelum berpisah pada 2006.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live