Hiburan

"Kalau Sakit Jantung Mau Tercabut" - Fitri Haris Terkejut Isteri Umumkan Sedang Hamil

gempak
Amri Hassan
09/11/2020
23:50 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Sakit Jantung Mau Tercabut" - Fitri Haris Terkejut Isteri Umumkan Sedang Hamil
Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua, Dr. Fitri Haris meluahkan rasa syukur apabila isterinya memaklumkan kini sedang berbadan dua.
Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Fitri, 35, dikejutkan dengan berita berkenaan ketika sedang khusyuk bekerja di kediaman mereka baru-baru ini.
"Speechless! Alhamdulillah ya Allah! Tak sangka...
"Kalau sakit jantung mahu tercabut. Terima kasih atas doa dan mohon doa dari semua. Alhamdulilah! Alhamdulillah!" tulisnya.
Fitri pada Isnin turut berkongsi entri ucapan syukur seakan-akan memberikan bayangan khabar gembira darinya kepada peminat.
Menerusi entri terbabit juga, ramai yang sudah membuat telahan bahawa isterinya itu kini hamil.
A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial) on
Mengimbas semula, hasrat Fitri untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya itu tidak kesampaian setelah mengalami keguguran pada Januari lalu.
Fitri dan El atau nama sebenarnya Fazilah Omar yang merupakan pengurus peribadinya telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fitri dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 16 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live