,
Hiburan

"Kalau Saya Bising Pun Bukan Duit Turun Dari Langit" - Akui Pendapatan Sebagai Anak Seni Terkesan, Nabila Huda Belajar Bersyukur

Gempak ID
23/04/2020
00:52 MYT
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, banyak negara mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Salah satunya adalah Malaysia yang mahu memutuskan rantaian pandemik global tersebut.
Lantas banyak sektor mula melakukan 'the new norm' dengan melaksanakan tanggungjawab bekerja dari rumah.
Ternyata salah satu cabang kerja yang tergendala dan tidak mungkin dilaksanakan sepanjang tempoh PKP adalah dunia hiburan.
Persembahan atau penggambaran sama sekali dihentikan sejak lebih sebulan lalu.
Aktres prolifik, Nabila Huda saat berbicara dengan Gempak menerusi segmen Instagram Live #ArtisDudukDiam pada Rabu mengakui sudah sebulan tidak menjalani penggambaran.
Hal itu membuat Nabila yang mesra dipanggil Abil ini tidak mempunyai pendapatan baharu.
Namun, dia memilih untuk menjalani hidup seperti masyarakat lain umumnya dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan caranya sendiri.
"Betul, kami (pelaku seni) memang terkesan dari segi pendapatan sejak virus Corona melanda dan PKP dilaksanakan.
"Saya berhenti menjalani penggambaran dua hari setelah PKP dilaksanakan dan tak tahu bila akan kembali menyambung pekerjaan.
"Tapi saya fikir buat apa nak beritahu semua orang kita ada masalah atau tak ada duit atau bising kepada pihak tertentu misalnya. Kalau saya bising pun duit bukan turun dari langit," kata Nabila.
Anak rockers Amy Search itu juga mengaku musibah yang terjadi membuatkan dirinya lebih sedar dan bersyukur dengan apa yang ada.
"Saya orang yang ringkas. Kalau saya kata saya bukan artis yang kaya nanti orang tak percaya.
"Tapi sejak dulu saya memang tidak hidup mewah. Adalah tabungan sikit-sikit. Jadi bila hal seumpama ini terjadi, kami belajar bersedia dan sangat bersyukur.
"Apa yang ada kita makan, tak ada jangan bising-bising, banyak lagi orang lain yang susah dari kita," katanya.
Oleh: Maliah Surip
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.
BorakSeeni