Ditemui di majlis pertunangan Syafie Naswip dan Aishah Azman, HLive! sempat menemu bual Ardell Aryana tentang entri-entri positif di Instagramnya.

Menurut Ardell, apa yang cuba disampaikan melalui captionnya di Instagram adalah satu perkara yang positif yang membolehkan mengikutnya mengembalikan rasa positif itu kepada dirinya.

"Apa yang saya cuba sampaikan melalui caption saya adalah satu perkara positif kepada saya untuk mereka juga kembalikan rasa positif itu kepada saya.

"Ramai juga pengikut saya di Instagram yang melalui dugaan-dugaan yang hampir sama dengan apa yang saya alami.

"Jadi bagi saya, kalau saya down, mereka pun akan rasa down juga, jadi kita sama-sama bantu each other untuk keep strong," jelas Ardell.

Menurut Ardell, selain daripada ibu bapa, adik beradik, kawan terdekat, dia sebenarnya perlukan pengikutnya di Instagram kerana tanpa mereka dia tidak akan sampai ke tahap ini.

"Saya cuba berikan semangat positif kepada mereka. Ramai yang menghantar email kepada saya yang ingin mendapatkan semangat yang positif.

"Kak, Terima kasih kerana beri kata-kata semangat. Kak, mak saya sakit sekian-sekian. Kak, mak saya baru meninggal dunia beberapa minggu yang lama. Macam mana nak get strong balik?" kata Ardell memberi contoh email yang diterima.

Tambah Ardell lagi, bukan sahaja dia memerlukan pengikutnya, tetapi pengikutnya juga memerlukan dia.

"Siapa lagi kalau bukan kita. sebagai public figure atau sesiapa sahaja yang banyak follower, lebih baik sebarkan benda-benda positif kepada orang lain.

"Lebih banyak perkara positif yang kita sebarkan, lebih banyak benda positif yang kita dapat sebenarnya," jelas Ardell.

Walaupun tidak pernah terfikir akan mendapat email daripada pengikut, Ardell bersyukur kerana entrinya tanpa sedar mampu membantu orang lain.

"Alhamdulillah, kuasa Allah! Sebenarnya kita tak sedar dalam media sosial tu sesiapa pun boleh posting sesuatu yang membuat orang lain bahagia, tapi tak seorang pun tahu apa yang ada dalam hati dia.

"Jadi bila mereka email tu bermakna mereka perlukan bantuan kita, kalau kita tak bantu mereka, siapa lagi sedangkan merekalah orang yang menyokong kita," kata Ardell mengakhiri bicara.

Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).