Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Kalau Saya Pakai Baju Melayu, Saya Tak Akan Jadi Melayu”- Adam Corrie Lee

Syafiqah Jalal 04/05/2020 | 09:17 MYT
Pelakon Adam Corrie Lee menegaskan pakaian yang dipakainya tidak dipengaruhi mana-mana bangsa.
Menurut Adam apa yang dipakai hanya mengikut kesukaannya asalkan ia tidak melanggar syariat Islam dan menutup aurat.
Malah, Adam sendiri mendedahkan dia sendiri kurang memakai pakaian bangsa asalnya iaitu Cina.
“Saya suka pakai jubah, kurta, baju melayu, t-shirt , kemeja dan juga berkain pelekat. samfoo pakaian bangsa saya pon jarang sekali saya pakai.
“Kalau saya pakai jubah, saya tak akan jadi orang Arab. Kalau saya pakai baju melayu , saya tak akan jadi orang Melayu.
“Kalau saya pakai kurta , saya tak akan jadi orang India. Kalau saya pakai kemeja, saya tak akan jadi orang barat..
“Pakaian yang saya pakai tidak mengubah bangsa saya iaitu Cina.
“Pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim,” tulisnya.
Adam berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berjubah putih.
Tambah Adam lagi, perayaan Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam buat untuk satu bangsa.
“Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam, bukan untuk satu bangsa,” katanya lagi.
Adam memeluk Islam pada Julai 2007. Beliau mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Teluk Wanjah, Kedah, Fazima Fuad, 30, pada 21 November 2008.

saya suka pakai jubah, kurta, baju melayu, t-shirt , kemeja dan juga berkain pelekat. samfoo pakaian bangsa saya pon jarang sekali saya pakai. . kalau saya pakai jubah, saya tak akan jadi orang arab kalau saya pakai baju melayu , saya tak akan jadi orang melayu kalau saya pakai kurta , saya tak akan jadi orang india, kalau saya pakai kemeja, saya tak akan jadi orang barat.. pakaian yang saya pakai tidak mengubah bangsa saya iaitu cina. . pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim. . aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam. bukan untuk satu bangsa. . . senyum selalu selalu bersangka baik insyaAllah hati tenang #adamcorrie www.adamcorrie.my

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

#Islam #Adam Corrie Lee #Melayu #Jubah
;