Skip to main content

Berita Tempatan

“Kalau Saya Tak Bergelar Artis, Saya Mungkin Akan...” - Fikry Ibrahim

fikrybefunky-collage_3.jpg
Pelakon popular, Fikry Ibrahim mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perniagaan.

Menurut Fikry, sejak kecil lagi, dia sudah mula berniaga secara kecil-kecilan.

“Saya sangat menyukai bidang perniagaan, ketika usia saya masih belasan tahun, saya sudah mula berniaga secara kecil-kecilan.

“Kalau saya tak bergelar seorang artis, mungkin saya akan bergelar usahawan dan rancak berniaga.

“Sekarang, meskipun agak sibuk dengan jadual lakonan, saya tetap merancang untuk memulakan perniagaan dan mencari masa yang sesuai untuk melakukannya,” kata Fikry kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan terbaru Fikry iatu Encik Imam Ekspres kini disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement