Berita
“Kalau Saya Tak Dapat Bagi Zuriat, Saya Okay Jika Suami Hendak…”- Elizad
Pelakon dan pengacara Elizad akui penantiannya untuk menimang cahaya mata adalah satu perkara yang sangat sukar dalam hidupnya.
Malah Elizad mendedahkan dia pernah memberitahu suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman bahawa dia reda jika dia ditinggalkan kerana merasa diri tidak sempurna.
“Sebenarnya bukan mudah untuk saya melalui semua ini. Saya lakukan semua demi zuriat saya dan suami.
“Saya pernah cakap kepada suami, kalau saya tak dapat beri zuriat untuk awak, saya reda jika suami tidak boleh terima saya.
“Sebab saya rasa tak cukup sempurna jika saya tidak melahirkan cahaya mata sendiri.
“Namun suami tidak kisah dan apa yang membuatkan saya tersentuh dia beritahu mungkin ini hikmahnya Allah bagi peluang dia untuk jaga saya selamanya,” katanya kepada Gempak.
Elizad berkongsi perkara tersebut secara eksklusif kepada Gempak untuk perjalanan proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilaluinya.
Mengulas mengenai perjalanan IVF yang dilaluinya pada Sabtu lalu, Elizad memberitahu ia berjalan lancar.
“Sesi pertama dengan doktor hari itu, doktor hanya membuat pemeriksaan ke dalam ovari saya.
“Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik, cuma tidak dapat meneruskan proses itu kerana saya sedang datang bulan.
“Jadi proses itu diteruskan untuk sesi seterusnya,” ceritanya lagi.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Must-Watch Video