Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Sayang Suami Jangan Terlalu Sayang, Letak Allah Nombor Satu" - Wawa Zainal

Amri Hassan
09/01/2023 07:50 MYT
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal punya pandangan tersendiri tentang nilai kasih sayang sesama manusia terutama suami.

Kata Wawa, letakkan kasih sayang kepada Allah Maha Esa sebagai terutama berbanding suami.

"Makanya kalau sayang jangan terlalu sayang. Memanglah semua isteri terlalu sayang suami, tapi kena ingat, letak Allah nombor satu. Suami pinjaman.

"Selalulah berdoa kepada-Nya supaya Dia pinjamkan kesayangan kita yang satu ini hingga akhir hayat.

"Berdoalah semoga kesayangan kita ini sentiasa cinta dan kasih pada kita," kongsinya dalam foto bersama suami tercinta, Aeril Zafrel.

Wawa turut mengutuskan doa serta sokongan buat teman baiknya, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof.

"Buat Puteri Sarah Liyana, kami selaku isteri-isteri seMalaya, we stand with you," tegas Wawa.

Terdahulu, Syamsul pada Jumaat mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.

Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wali kepada pasangan terbabit.

#Viral #Kontroversi #Syamsul Yusof #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Puteri Sarah #Suami
;