"Kalau Sayangkan Anak Kurangkanlah Bermain..." - Aeril Zafril Kongsi Perkembangan Anak Lambat Bercakap Atau 'Speech Delay'
Hanafis Haris
20/10/2019 07:28 MYT
20/10/2019 07:28 MYT
Pelakon Aeril Zafrel, 31, meminta ibu bapa yang sayangkan anak mereka supanya mengurangkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet.
Menurut Aeril, setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Malah, faktor tersebut juga menjadi punca buat anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap.
Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.
"Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
"Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai 'ultra lighting' yang tidak baik," katanya.
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
"Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas," katanya.
Aeril ditemui ketika majlis pelancaran Redmi Note 8 Pro dan Note 8 Pro yang berlangsung di Subang Jaya Industrial Estate, baru-baru ini.
Terdahulu, Wawa Zainal berkongsi keadaan anak sulungnya itu menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
BACA: “Risaunya, Walaupun Attar Tak Lancar Sangat Bercakap Tapi…”- Wawa Zainal Kongsi Perkembangan Anak